Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Azam, Abu Zahar, Borhan Direhat – Pemimpin PH Sambut Baik Kenyataan Majlis Presiden

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Kenyataan terbaharu daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM (LPPR), Abu Zahar Ujang direhatkan sementara sehingga siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki selesai, amat dialu-alukan.

Menurut beberapa pemimpin PH, ini susulan kenyataan enam ahli lembaga LPPR yang menjauhkan diri daripada kenyataan Abu Zahar apabila dia cuba “membersihkan” nama Azam.

“Kenyataan media enam Ahli LPPR ini amat mengejutkan dan membuka mata seluruh negara kepada kepincangan yang berlaku dalam proses siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan,” kata Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan pemimpin Upko, Wilfred Madius Tangau.

Menurut mereka lagi, kenyataan enam ahli LPPR ini menjadi bukti paling kukuh Abu Zahar tidak diyakini dan tidak dipercayai ahli LPPR.

“Pada masa yang sama, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah juga perlu direhatkan sehingga siasatan yang sama selesai kerana enggan bertindak menyiasat Azam Baki,” jelasnya.

Azam menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas timbul dakwaan dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015.

Menurut laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam merupakan ketua pengarah bahagian siasatan SPRM.

Bagaimanapun, dalam sidang media pada 5 Jan lepas, Azam berkata dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana saham itu dibeli adiknya dengan menggunakan namanya.

Pada hari yang sama, Abu Zahar berkata Azam telah menjelaskan perkara itu kepada LPPR pada 24 Nov tahun lepas.

Abu Zahar juga mendakwa lembaga itu berpuas hati terhadap penjelasan berkenaan dan mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan Azam.

Bagaimanapun, kenyataan Abu Zahar itu dinafikan oleh enam ahli LPPR yang lain, dengan mengatakan ia bukan pendirian ahli-ahli lembaga itu dan Abu Zahar hanya menyatakan pendapat peribadinya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania