Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Siapa Bohong?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 11 Jan – Berikutan kontroversi yang kian meningkat berhubung kedudukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, malah perlantikannya juga turut dipertikaikan, bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin menafikan beliau yang mencadangkan perlantikan itu.

Sebaliknya, kata beliau , Ketua Setiausaha Negara ketika itu yang mencadangkan nama Azam untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan.

“Ya, dia dilantik ketika saya menjadi Perdana Menteri.

“Bila berlaku kekosongan bekas Ketua Pesuruhjaya yang dahulu berhenti maka perlu ada pengganti.

“Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan proses lantikan itu teratur mengikut peraturan.

“Pelantikan itu diperakukan oleh sebuah jawatankuasa, Ketua Setiausaha Negara mencadangkan namanya, bukan saya.

“KSN cadangkan nama Azam kerana fikir dia layak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara.

Begitu pun, dalam kenyataan media Azam Baki yang kini tersebar di media sosial selepas perlantikannya itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mahiaddin kerana mencadangkan namanya kepada Yang Dipertuan Agong untuk memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Kenyataan medianya bertarikh 9 Mac 2020 itu menyebut – Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang telah mencadangkan nama saya Kebawah Duli Tuanku.

Mahiaddin tidak mengaku dia yang mencadangkan nama Azam, tapi Azam dengan jelas merakamkan ucapan terima kepada Mahiaddin kerana telah mencadangkan namanya.

Siapa bohong?

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Sebagaimana kita semua sedia maklum, dalam pengakuan awalnya berhubung kontroversi pemilikan berjuta saham yang dikaitkan dengannya, Ketua Pesuruhjaya...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 16 Jan – Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan. Kategori pertama, Perdana Menteri yang...

Copyright © 2021 Media Rania