Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Kita Sibuk Dengan Azam Baki, Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Rakyat tidak sepatutnya hanya menumpukan isu melingkari Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, malah melihat gejala rasuah membelenggu negara ini secara lebih meluas.

Justeru, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa suatu gerakan rakyat menyuarakan pandangan mereka berhubung isu rasuah melanda ketika ini.

Beliau berkata, isu rasuah dalam negara kini semakin membimbangkan bukan sahaja mengenai kes Azam yang dikaitkan dakwaan pemilikan saham, tetapi isu rasuah lebih besar seperti kertas Pandora, konsesi Spanco Sdn Bhd (Spanco) dan Digital Nasional Berhad (DNB) perlu diberi perhatian.


“Rencana oleh tokoh politik tertentu dan ahli-ahli korporat yang sekongkol begitu mendesak.

“Kita sibuk dengan Azam Baki, mereka sibuk dengan luluskan projek,” katanya dalam satu video di Facebook yang membicarakan isu-isu semasa.

Dalam pada itu, Anwar juga menggesa rakyat melihat masalah rasuah itu sebagai bencana dan jenayah yang akan menyebabkan rakyat terutama golongan miskin terus derita.

“Bukan sahaja projek besar. Ketirisan berlaku termasuk dalam projek rakyat biasa. Subsidi minyak pun ada ketirisan. Bantuan rakyat ada ketirisan. Ini disebut Ketua audit Negara tahun demi tahun,” katanya.

Anwar juga berkata, isu Azam itu dilihat sebagai satu perkara serius kerana membabitkan institusi negara.

Beliau menggesa Azam berundur sementara bagi membolehkan siasatan bebas berjalan.

“Tak mungkin ada siasatan bebas sekiranya dikendalikan oleh jabatan sama. Semua tahu…saya tidak cadang untuk menghukum tetapi hormati proses. Ini tak berlaku,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniUNDI18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR) akhirnya dilaksanakan. Dua setengah tahun selepas pindaan perlembagaan bersejarah untuk menurunkan umur mengundi di Malaysia daripada...

Copyright © 2021 Media Rania