Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Pelakon Sitkom Komedi ‘Full House’ Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

MIAMI, 10 Jan – Pelawak Amerika Syarikat (AS), Bob Saget, yang popular dalam siri rancangan sitkom komedi di televisyen ‘Full House’ pada 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di bilik hotel Florida, menurut ketua polis tempatan semalam.

“Awal hari ini, anggota kami ke Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes selepas menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Robert Saget dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anggota penyiasat tidak menemui tanda-tanda jenayah atau dadah yang digunakan dalam kes ini,” menurut pejabat Ketua Polis Orange County dalam ciapan di akaun Twitternya.

Saget, 65, berlakon sebagai Danny Tanner, bapa kepada tiga anak perempuan dan usahanya untuk membesarkan mereka, dibantu abang iparnya, Jesse dan rakan, Joey, membuatkan sitkomnya, ‘Full House’ popular.

Ia disiarkan selama lapan musim, sejak dari 1987 hingga 1995, di ABC.

Netflix kemudian menyiarkan babak yang memfokuskan kepada salah seorang anak perempuan Danny, DJ Tanner, yang disiarkan pada 2016 hingga 2020.

Saget, yang juga hos popular rancangan America’s Funniest Home Video’s, sudah menjelajah negara itu baru-baru ini.

Hanya beberapa jam sebelum kematiannya diumumkan, dia menulis ciapan untuk mengatakan betapa seronoknya dia melakukan persembahan di Jacksonville.

“Menyukai rancangan malam ini @PV_ConcertHall di Jacksonville. Penonton yang dihargai. Terima kasih sekali lagi kepada @RealTimWilkins kerana menyiarkannya.

“Saya tidak sangka dapat menghabiskan set dua jam malam ini. Saya gembira dan mahu lagi dengan perbualan kosong ini. Semak BobSaget.com untuk tarikh saya di 2022,” ciap pelakon itu.

Dia meninggalkan seorang isteri, Kelly Rizzo dan tiga anak.

“Bob Saget adalah seorang pelawak disayangi. Ketiadaannya pasti akan dirindui,” ciap akaun rasmi untuk saluran televisyen, Comedy Central.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania