Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Suami Isteri Rentung Kebakaran Setinggan Di Tawau

Kongsikan Artikel Ini

TAWAU, 9 Jan – Sepasang suami isteri rentung manakala tujuh lagi cedera dalam kebakaran rumah setinggan di Kampung Sungai Buaya, Batu 2 1/2, Jalan Apas, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa yang rentung dikenali sebagai Saiful Rosli, 32, dan Jumaidah M Jida, 36.

Kebakaran itu juga membabitkan sekurang-kurangnya 40 rumah setinggan di kawasan seluas 5,000 meter persegi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman api menggunakan dua aliran sepanjang 130 meter dengan empat pancutan menggunakan sumber air jentera dan parit berhampiran.

“Siasatan awal mendapati, tujuh mangsa berusia 6 hingga 45 tahun mengalami kecederaan melecur dan sudah dihantar ke Hospital Tawau sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, api berjaya dikawal daripada terus merebak pada jam 2.07 pagi manakala mangsa yang rentung ditemui sekitar jam 4.45 hingga 5.50 pagi.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

“Bahagian Forensik JBPM akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden kebakaran ini,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER