Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Ronaldo Tertekan Dengan Krisis United?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 9 Jan – Cristiano Ronaldo sudah mengadakan perbincangan bersama ejennya, Jorge Mendes mengenai krisis di Manchester United dan masa depannya di Old Trafford.

Mendes terbang ke United Kingdom untuk menyelesaikan kebimbangan Ronaldo dengan perpindahan impiannya kembali ke Old Trafford berada dalam bahaya dan boleh berakhir dengan kemusnahan.

Ronaldo meledak 14 daripada 29 gol United dalam semua pertandingan musim ini.

Namun, difahamkan bintang Portugal itu kecewa dengan prestasi United.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu juga kecewa dengan taktik dan gaya bola sepak pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Sumber rapat dengan Ronaldo mendedahkan: “Cristiano sangat prihatin dengan apa yang berlaku di United.

“Pasukan ini menerima banyak kritikan dan dia tahu bahawa dia dianggap sebagai salah seorang pemimpin.

“Terdapat banyak masalah, Cristiano merasai tekanan dan sangat tertekan dengan situasi itu.

“Dia mahu perpindahannya ke United berjaya, tetapi dia mula menyedari bahawa memenangi trofi dengan situasi semasa menjadi pergelutan yang sebenar.

“Jorge datang menemuinya dan mereka meluangkan masa berbual mengenai bagaimana keadaan itu berlaku, memikirkan mengenai masalah, bagaimana ia boleh diselesaikan dan apakah penyelesaiannya,” kata sumber berkenaan.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania