Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Peguam Djokovic Serah Dokumen Pembatalan Visa

Kongsikan Artikel Ini

MELBOURNE, 9 Jan – Novak Djokovic diberikan pengecualian vaksin COVID-19 daripada Tennis Australia dan kerajaan Australia kerana dia sudah diuji positif pada Disember yang membolehkan dia masuk ke negara berkenaan, kata peguamnya semalam.

“Tarikh positif pertama ujian PCR dilaporkan pada 16 Disember 2021,” kata pasukan peguamnya menerusi kenyataan 32 muka surat kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan rayuan membatalkan visa pemain Serbia itu.

Dalam satu lagi perkembangan, gambar dikongsi Persekutuan Tenis Belgrade menunjukkan pemain tenis nombor satu dunia itu berada dalam majlis pemain muda di bandar berkenaan pada 17 Disember.

Persekutuan itu melaporkan dalam satu satu kenyataan bahawa Djokovic menyerahkan piala dan hadiah kepada pemain muda. Tiada siapa memakai pelitup muka.

Djokovic juga menghadiri satu lagi perjumpaan pada 16 Disember apabila perkhidmatan pos kebangsaan Serbia menganugerahkannya dengan stem sempena menghargai pencapaiannya dalam sukan.

Pada Sabtu, peguam berkenaan mendakwa ejen sempadan Australia menahan Djokovic selama lapan jam di lapangan terbang dekat sini sebelum membatalkan visanya serta menghantar pemain itu ke pusat tahanan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania