Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Pasukan Sukarelawan Khas Bersiap Siaga Hadapi Banjir Dijangka 11 Januari Ini – Jame Stephen

Kongsikan Artikel Ini

BINTULU, 9 Jan – Perlu diadakan beberapa pasukan Sukarelawan Khas untuk bersiap siaga menghadapi bencana banjir yang dijangka akan berlaku di negeri Sarawak bermula Selasa ini.

Sediakan payung sebelum hujan. Satu pengajaran dengan apa yang telah berlaku di beberapa negeri di Semenanjung tatkala dilanda banjir besar dan mengejut.

Perkara ini dinyatakan aktivis masyarakat Bintulu, Jame Stephen mengenai kebimbangan beliau tentang perkembangan keadaan cuaca yang tidak menentu di negeri ini sekarang.

Menurut beliau, pasukan Sukarelawan Khas berkenaan terdiri daripada sukarelawan untuk bersiap siaga membantu pihak berkuasa dari segi koordinasi bantuan menyelamatkan mangsa banjir agar dapat dipindahkan segera ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan untuk berpindah.


“Saya telah berpesan kepada beberapa Ketua Sukarelawan Khas yang berada di kawasan tanah rendah untuk bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir yang dijangka meningkat susulan ramalan Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) yang mengeluarkan amaran cuaca buruk semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, seramai 30 sukarelawan di beberapa daerah seperti di Sebauh dan Niah telah diarahkan untuk berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah buruk.

Antara kawasan yang dijangka berlakunya banjir di Bintulu ialah Sebauh, Tatau dan Samalaju selain beberapa daerah berhampiran berikutan amaran terkini yang dikeluarkan Met Malaysia tengah hari ini.

“Selain daripada misi menyelamat mangsa banjir, pihak kami akan menyediakan bantuan bersesuaian dengan situasi mangsa banjir dengan mengharapkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak polis bagi membantu kelancaran operasi semasa banjir,” tambah Jame lagi.

Pihak beliau merayu dan mengharapkan para dermawan budiman supaya dapat menghulurkan sumbangan agar dapat disalurkan seberapa segera memandangkan rata-rata penduduk di Bintulu kurang berkemampuan.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Copyright © 2021 Media Rania