Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Parti Pengkhianat Bangsa Malaysia Kini Buat U-Turn!

Kongsikan Artikel Ini

KLANG, 9 Jan – Jika semalam, Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng memaklumkan parti itu berminat menjadi sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dengan alasan pengalaman mentadbir negara lebih 60 tahun lalu.

Bagaimanapun, hasrat itu dipertikaikan seorang pemimpin BN Selangor, Isham Jalil yang inginkan kepastian sama ada niat itu kerana ikhlas atau disebabkan mahu kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hari ini, Ahli Parlimen Julau itu pula memberitahu partinya belum memuktamadkan keputusan walaupun pada hakikatnya mereka berminat untuk menyertai BN.

“PBM sudah memutuskan untuk menyertai BN, namun ia belum muktamad,” katanya.

Larry dilantik sebagai presiden baharu pada Mesyuarat Khas Persidangan Agung (EGM) PBM, semalam.

Selain Larry, 30 ahli jawatankuasa kepemimpinan baharu parti itu turut dilantik termasuk bekas Exco kerajaan Selangor Haniza Mohamed Talha dan bekas ADUN Meluan Wong Judat sebagai timbalan presiden.

Sebelum ini, PBM dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang diasaskan oleh bapa Larry, Sng Chee Hua, bersama sekumpulan ahli politik pada 2012.

PBM kini mempunyai dua wakil di Dewan Rakyat, iaitu Larry dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Laporan media sebelum ini memetik Larry sebagai berkata, PBM adalah parti yang menyokong kerajaan Keluarga Malaysia dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ditanya mengenai dakwaan penyertaan dua pemimpin Bersatu, Mohamed Azmin Ali serta Zuraida Kamaruddin dalam PBM, Larry menyifatkan perkara itu sebagai spekulasi media saja.

“Tiada hitam putih. PBM tidak pernah menyebut mengenai penyertaan dua pemimpin itu.

“Perkara itu hanya digembar-gemburkan oleh media. Memang kita tidak pernah menyebut mana-mana nama pemimpin untuk menyertai parti ini. Namun jika mereka berminat, kita akan mempertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Haniza mendakwa, PBM kini mempunyai kira-kira 100,000 ahli berdaftar di seluruh negara.

Katanya, enam teras utama ditetapkan parti itu termasuk penyertaan semua kaum, memperkasakan peranan wanita, membetulkan semula ekonomi, sains dan teknologi serta pendidikan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Copyright © 2021 Media Rania