Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

India Mula Bergelut Dengan Varian Omicron

Kongsikan Artikel Ini

NEW DELHI, 9 Jan – India mencatatkan lebih 159,000 jangkitan COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor Agensi Anadolu menurut data Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Kementerian itu melaporkan 159,632 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 35.5 juta.

Kes kematian baharu adalah 327 menjadikan angka keseluruhan kematian berjumlah 483,790.


Ia juga menyebut kes varian Omicron mencecah 3,623 dan jumlah kes membabitkan varian itu dijangka terus meningkat beberapa minggu lagi.

Walaupun pegawai kesihatan berkata varian Omicron kini menjadi strain utama yang tersebar di bandar-bandar India, pakar berkata peningkatan itu menunjukkan gelombang ketiga pandemik itu.

Negeri Maharashtra Barat dan ibu negara New Delhi mendahului senarai peningkatan jangkitan baharu.

Bandar-bandar kini mengenakan sekatan tambahan untuk membendung jangkitan, termasuk perintah berkurung waktu malam.

Kementerian mengeluarkan garis panduan perjalanan baharu pada Jumaat buat pelancong yang tiba di India dan perlu menjalani kuarantin rumah selama seminggu serta melakukan ujian pada hari kelapan.

Setakat Ahad pagi, 1.51 bilion dos vaksin COVID-19 telah diberikan di negara itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania