Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

AMK Malaysia Anjur Konvoi Protes ‘Selamatkan SPRM’ Di Putrajaya Esok

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Enggan berdiam diri walaupun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki kelmarin, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia terus memanaskan suhu politik negara.

Terbaharu, sayap Pemuda KEADILAN itu akan menganjurkan Konvoi Protes Selamatkan SPRM yang dijangka bermula jam 10 pagi esok.

Ketua AMK merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dijangka mengetuai konvoi tersebut bersama-sama Exco sayap serta para peserta dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut laman Facebook rasmi sayap itu, integriti dan maruah badan pencegah rasuah itu wajib dipertahankan.

“Namun, pendirian Perdana Menteri semalam adalah mendukacitakan dan seolah-olah tiada kesungguhan untuk mengatasi krisis SPRM.

“Bagi menzahirkan usaha menyelamatkan institusi SPRM, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan berkonvoi ke Putrajaya esok,” kata kenyataan itu lagi.

Tempat berkumpul ialah di Dataran Putra, Putrajaya jam 10 pagi dan berada di kenderaan masing-masing dengan berpakaian putih sebelum memulakan perjalanan ke ibu pejabat SPRM, Presint 7 yang dijangka tiba sejam kemudian.

Dalam sebaran itu, para wartawan dan pengamal media dijemput bersama membuat liputan sepanjang konvoi berkenaan.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki memaklumkan, himpunan itu tetap diteruskan di lokasi baru esok, selepas polis mengumumkan penutupan semua...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Gabungan 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengandungi lapan tuntutan termasuk...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 19 Jan – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menyelar tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Copyright © 2021 Media Rania