Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Pemain Terbaik FIFA – Salah Wakil Tunggal Liga Perdana Inggeris (PL)

epa08085926 Mohamed Salah of Liverpool celebrates with the trophy after winning the FIFA Club World Cup 2019 final soccer match between Liverpool FC and CR Flamengo in Doha, Qatar, 21 December 2019. EPA/ALI HAIDER
Kongsikan Artikel Ini

PARIS, 8 Jan – Robert Lewandowski, Lionel Messi dan Mohamed Salah adalah tiga finalis untuk anugerah Pemain Terbaik Lelaki Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bintang Poland, Lewandowski memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu namun terpaksa berpuas hati dengan undian di tempat kedua untuk anugerah Ballon d’Or 2021 di belakang Messi yang memenangi anugerah berprestij berkenaan buat kali ketujuh.

Manakala Salah satu-satunya bintang dari Liga Perdana Inggeris (PL) yang tersenarai dalam tiga calon akhir mewakili gergasi bola sepak Inggeris, Liverpool.

Majlis anugerah berkenaan akan berlangsung secara maya dari ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland pada 17 Januari ini.

Alexia Putellas dan rakan sepasukannya di Barcelona, Jennifer Hermoso serta penyerang Chelsea dari Australia, Sam Kerr pula berentap merebut anugerah Pemain Terbaik Wanita FIFA.

Ketiga-tiga mereka juga bersaing sebelum ini pada anugerah Ballon d’Or yang dimenangi Putellas.

Anugerah untuk pemain terbaik lelaki dan wanita, jurulatih serta penjaga gol itu adalah menerusi undian daripada kapten dan jurulatih kesemua pasukan kebangsaan di seluruh dunia selain undian penyokong dalam talian serta beberapa wartawan terpilih.

Proses undian itu telah berakhir pada 10 Disember lalu.

Manuel Neuer, Gianluigi Donnarumma dan Edouard Mendy adalah calon untuk anugerah penjaga gol terbaik manakala Roberto Mancini, Thomas Tuchel dan Pep Guardiola pula calon untuk jurulatih terbaik lelaki.

Lluis Cortes yang mengetuai pasukan wanita Barcelona meraih gelaran trebel musim lalu akan bersaing dengan jurulatih Chelsea, Emma Hayes dan Sarina Wiegman bekas jurulatih Belanda yang kini membimbing England untuk anugerah jurulatih terbaik wanita.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania