Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Djokovic Mungkin Kena Tahan Di Australia?

Kongsikan Artikel Ini

MELBOURNE, 6 Jan – Australia membatalkan visa kemasukan Novak Djokovic hari ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada pemain tenis nombor satu dunia itu yang turut berdepan risiko untuk ditahan.

Sensasi Serbia itu sudah tiba di Melbourne petang semalam selepas memberitahu di media sosial yang dia mendapat pelepasan perubatan untuk beraksi di kejohanan itu tanpa bukti sudah sepenuhnya mengambil vaksin Covid-19.

Pelepasan yang diberikan oleh penganjur Terbuka Australia selepas permohonannya dipertimbangkan dua panel perubatan itu mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Australia yang melalui sekatan pergerakan selama dua tahun akibat Covid-19.

Bagaimanapun juara sembilan kali Terbuka Australia itu akhirnya tidak dapat memasuki Australia.

“Djokovic gagal memberikan bukti yang sesuai untuk memenuhi syarat kemasukan ke Australia dan visanya kemudiannya dibatalkan.

“Bukan warganegara yang tidak memegang visa masuk secara sah atau yang dibatalkan visa mereka, akan ditahan dan dikeluarkan dari Australia.

“Pasukan Sempadan Australia akan terus memastikan mereka yang tiba di sempadan kami mematuhi undang-undang dan syarat kemasukan kami,” kata Pasukan Sempadan Australia dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata dasar sempadan negara yang ketat amat penting untuk mengekalkan kadar kematian yang rendah.

“Peraturan tetap peraturan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan sempadan negara kita. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi peraturan ini,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania