Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Nelayan Hilang Perahu Langgar Jeti

Kongsikan Artikel Ini

SARIKEI, 4 Jan – Seorang nelayan hilang ketika menangkap ikan di Sungai Kenyau, Batang Rajang, Tanjung Manis di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan lelaki berusia 37 tahun jam 10.55 malam selepas laporan dibuat oleh abang mangsa di Balai Polis Tanjung Manis.

“Mangsa dikatakan hilang di sungai selepas perahunya melanggar tiang jeti lama yang digunakan untuk memuatkan balak di sungai pada jarak 50 meter dari pantai.

“Kejadian berlaku semasa hujan lebat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan seawal jam 5.30 pagi hari ini, membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sementara operasi berterusan hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania