Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Banjir Landa Segamat, Dua Jalan Telah Ditutup

Kongsikan Artikel Ini

SEGAMAT, 1 Jan – Susulan banjir yang melanda hari ini, dua buah jalan terpaksa ditutup di Segamat akibat dinaiki air.

Dua jalan tersebut ialah Jalan Jabi dekat Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Segamat yang ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan paras air naik kira-kira 0.5 hingga 0.6 meter.

Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup pada 10 pagi tadi selepas banjir membabitkan kawasan seluar kira-kira 1,000 meter dengan kedalaman air 0.5 meter.

“Jalan Bangas juga ditutup pada jam 10 pagi selepas air naik 0.6 meter melibatkan kawasan kira-kira 100 meter.

“Bagaimanapun, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif, Jalan Kuala Paya Balai Badang,” katanya di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, paras air naik di kawasan-kawasan itu susulan hujan berterusan, justeru kedua-dua jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, papan tanda amaran banjir dan jalan ditutup diletakkan di lokasi laluan yang ditutup dan pemantauan berterusan akan dilakukan JKR Johor dan JKR daerah Segamat.

Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh arahan pihak berkuasa.

”Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan masing-masing,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER