Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

SKMM Koyak, Aduan Kepada Twitter Tak Dilayan!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 Dis – ‘Rakan baik’ rejim Zionis di Malaysia rupanya ‘koyak’ dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat netizen berkenaan isu banjir yang sedang panas diperkatakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membuang ciapan di Twitter yang mengkritik cara kerajaan menangani banjir pada hujung minggu lalu, yang menjejaskan sebagian besar penduduk terutama di Selangor dan Pahang.

Seorang netizen mendakwa dia menerima e-mel daripada Twitter semalam memaklumkan permintaan SKMM kepada penyedia perkhidmatan itu untuk mengeluarkan catatan Twitternya.

Bagaimanapun, Twitter menolak permintaan SKMM.

“Demi kepentingan ketelusan, kami menulis untuk memaklumkan anda bahawa Twitter telah menerima permintaan daripada SKMM berhubung akaun Twitter anda yang didakwa kandungannya melanggar undang-undang Malaysia.

“Kami tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kandungan yang dilaporkan buat masa ini berikutan permintaan ini,” kata e-mel dari Twitter yang dikongsi oleh netizen yang menggunakan akaun @BadBoy2662.

Berdasarkan e-mel itu, kandungan yang diminta MCMC untuk dialih keluar termasuk kritikan netizen terhadap majlis kutipan derma banjir yang melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Selain itu SKKM juga meminta ciapan yang mengkritik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar berhubung kenyataannya mengenai kelayakan mangsa banjir untuk menuntut bantuan kerajaan, turut dinyahkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa hanya memberikan jawapan ringkas.

“Karut..,” katanya melalui pesanan teks.

Bagaimanapun, SKMM ketika dihubungi hari ini tidak menafikan perkara itu dan memaklumkan telah melaporkan kepada Twitter beberapa tanda pagar yang “jelik”.

Dalam satu kenyataan ringkas, SKMM berkata mereka membuat permintaan untuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dipatuhi.

Seksyen 233 akta berkenaan menetapkan kesalahan berkaitan dengan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, dan lazimnya digunakan untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang memuat naik hantaran di media sosial dianggap menyinggung atau berpotensi boleh mencetuskan kebencian.

“SKMM sentiasa menghormati penyedia platfom seperti Twitter. Begitu juga pihak SKMM bertanggungjawab untuk memastikan adanya pematuhan undang-undang yang tersedia dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk kepentingan negara.

“Oleh itu pihak SKMM telah mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak Twitter berhubung penggunaan beberapa hashtag yang jelik,” kata kenyataan suruhanjaya itu.

Bukan kes terpencil

Difahamkan, pengguna Twitter @BadBoy2662 bukanlah satu-satunya akaun yang telah dilaporkan oleh SKMM kepada Twitter.

Dalam salah satu balasan kepada ciapan @BadBoy2662 mengenai usaha dilakukan SKMM itu, pengguna Twitter lain turut berkongsi pengalaman yang sama.

@cheryltanxr__ menulis: “Saya juga kena lmao”.

Semakan pada akaunnya mendapati dia telah memadamkan Tweet asal yang diminta SKMM. Berdasarkan ciapannya yang lain, difahamkan dia telah mengkritik pusat perlindungan bantuan banjir berhubung dakwaan melakukan diskriminasi terhadap warga asing.

 “Sesetengah kamu mungkin tertanya-tanya ke mana perginya ciapan saya mengenai salah satu pusat perlindungan yang mendiskriminasi warga asing. Cuma ingin kemas kini di sini bahawa saya telah menerima amaran daripada Twitter dan SKMM yang meminta saya mengeluarkan ciapan saya kerana saya telah melanggar undang-undang Malaysia.

“Saya ingin mengekalkan ciapan itu dan melihat sejauh mana mereka akan bertindak, tetapi ibu bapa saya tidak setuju. Ketahuilah bahawa kerajaan kita mempunyai keberanian [DISUNTING] untuk melakukan perkara karut seperti ini dan cuba membungkam suara, berbanding benar-benar membantu pada masa ini,” ciapnya awal pagi semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto mengecam tindakan pihak berkuasa yang cuba membenamkan perbezaan pendapat terhadap kerajaan di media sosial.

“#KeluargaMalaysia tidak bermakna jika anda membenarkan SKMM menganiaya mereka yang mengkritik kerajaan kerana tidak berkesan dalam menguruskan banjir.

“Malah anda telah mengakui kelemahan kerajaan dalam hal ini.

“Arahkan SKMM untuk berhenti menakutkan suara-suara yang mengkritik,” katanya melalui ciapan yang ditujukan kepada Perdana Menteri. Ismail Sabri Yaakob.

Menurut ahli parlimen DAP itu, sekurang-kurangnya tiga kes sedemikian telah dibawa kepada perhatiannya.

Dia turut mempersoalkan tindakan pantas SKMM dalam isu membabitkan kritikan terhadap kerajaan, berbanding isu lain seperti kes buli siber dan komen ketaasuban agama di media sosial.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki memaklumkan, himpunan itu tetap diteruskan di lokasi baru esok, selepas polis mengumumkan penutupan semua...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Muhyiddin Yassin mendakwa Najib Razak telah meminta bantuannya untuk memecat Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Copyright © 2021 Media Rania