Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Nurul Izzah Komited Capai Penyelesaian Masalah Banjir Di Permatang Pauh

Kongsikan Artikel Ini

PERMATANG PAUH, 20 Dis – Berikutan banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri, Permatang Pauh turut tidak terkecuali dalam usaha mengatasi masalah berkenaan.

Menurut ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah, beliau menemui para petani di Kampung Taman Baru, Seberang Jaya pada Ahad bagi meneliti beberapa kaedah penyelesaian mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.

Pertemuan pertama dihadiri oleh wakil Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT), Penghulu Wan, Institut Penyelelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), pegawai dari Pejabat Parlimen Permatang Pauh, Pejabat ADUN Angkat Seberang Jaya serta Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Pasca lawatan pertama, pihak Pejabat Parlimen Permatang Pauh telah membawa isu ini dalam mesyuarat bersama Pejabat Daerah dan Tanah SPT yang turut dihadiri oleh agensi-agensi berkaitan.

“Hasil daripada perbincangan tersebut, semua pihak bersetuju untuk mengorek parit dan longkang tanah yang menjadi laluan air keluar dari kawasan pertanian ke longkang besar berhampiran Hospital Seberang Jaya,” katanya dalam entri di Facebook.

Difahamkan sistem perparitan tersebut didapati tidak pernah dikorek sejak wujudnya penempatan penduduk (Kampung Taman Baru) sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, proses itu akan mengambil sedikit masa kerana ia merupakan laluan masuk bagi menjalankan aktiviti mengorek akan melibatkan tanah persendirian serta tanah kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, lawatan kedua telah dibuat oleh wakil Pejabat Daerah SPT bagi meninjau kawasan untuk aktiviti mengorek yang bakal dijalankan.

Manakala pada lawatan ketiga, pihak NAHRIM telah mengemukakan cadangan penyelesian jangka masa panjang iaitu keperluan mewujudkan kolam takungan yang besar dan dalam di laluan parit longkang di Kampung Taman Baru.

Cadangan kedua ialah melengkapkan sistem pam air bagi mengepam air keluar ke parti longkang Kampung Taman Baru yang mempunyai tebing yang lebih tinggi dan luas, akhirnya akan keluar ke saluran akhir dengan baik tanpa takungan.


Sementara yang ketiga ialah membaiki tebing parit sedia ada (tebing kolam takungan) bagi memudahkan air keluar ke saluran akhir.

“Untuk makluman, sejak kawasan tersebut menjadi rendah akibat kewujudan pembangunan baru dan mendapan parit/longkang yang kian menebal – ianya telah mengakibatkan krisis takungan air.

“InshaAAllah, segala aduan mereka diambil dengan serius, disusuli dengan lawatan serta perbincangan lanjut,” tambah Nurul Izzah lagi.

Kesemua cadangan jangka masa panjang pula sedang diusahakan di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada penyelesaian membantu mengurangkan krisis ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki memaklumkan, himpunan itu tetap diteruskan di lokasi baru esok, selepas polis mengumumkan penutupan semua...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Gabungan 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengandungi lapan tuntutan termasuk...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 19 Jan – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menyelar tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Copyright © 2021 Media Rania