Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

PRN Sarawak – Perjuang Nasib Nelayan, Calon KEADILAN Asajaya Tekad Naiktaraf Kemudahan Infrastruktur

Kongsikan Artikel Ini

KOTA SAMARAHAN, 12 Dis – Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi DUN Asajaya, Mahmud Epah berkata beliau akan memperjuangkan nasib Nelayan yang selama ini sering dilepas pandang oleh pihak kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh beliau, keadaan infrastruktur kemudahan nelayan yang daif mendorong beliau memperjuangkan nasib para nelayan.

Dalam kunjungan beliau ke Kampung Sambir yang diduduki majoriti nelayan, beliau dimaklumkan bahawa wakil rakyat yang memerintah selama empat penggal di Asajaya mengabaikan nasib para nelayan.

Malah banyak permohonan bantuan yang dibuat para nelayan seperti bantuan perahu dan peralatan menangkap ikan namun tidak pernah diluluskan.

Menurutnya wakil rakyat Asajaya yang telah menjadi wakil rakyat selama 20 tahun juga gagal menyediakan jambatan dan jeti Nelayan di kawasan tersebut. Beliau mengakui bahawa terdapat jambatan baharu namun jambatan tersebut adalah jambatan awam yang tidak mempunyai tangga untuk turun ke perahu.

“Saya juga dimaklumkan para Nelayan di kampung ini terpaksa mengumpul wang sendiri bagi membaik pulih jeti lama yang usang namun ianya masih tidak mencukupi. Menurut para nelayan di sini jeti tersebut merupakan tempat mereka menaikkan hasil tangkapan ke darat.”

Industri perikanan merupakan sumber utama penduduk setempat dan merupakan oenyumbang utama kepada pembangunan ekonomi Asajaya walau selama ini sektor berkenaan tidak dipandang oleh wakil rakyat sedia ada.

Kawasan tersebut juga membekalkan cencaluk, belacan, udang kering dan banyak lagi hasil laut yang telah diproses bukan sahaja dalam negeri malah ada yang dieksport ke peringkat antarabangsa. Penduduk di kawasan berkenaan seolah bangkit sendiri untuk membangunkan ekonomi kawasan tersebut walau diabaikan wakil rakyat sedia ada.

Keyakinan Mahmud bahawa penduduk Asajaya akan memilih KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini semakin tinggi apabila rakyat sudah muak dengan wakil rakyat yang memerintah selama 20 tahun namun masih gagal membela nasib penduduk Asajaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania