Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Salah Ledak Dua Gol Benam Everton 4-1

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin tertekan selepas kalah 4-1 dalam pertembungan tetangga Merseyside.

Skuad Reds hanya menang sekali dalam sembilan kunjungan ke Goodison, namun menguasai sepenuhnya sejak wisel permulaan berdepan skuad Benitez yang kini hanya memungut dua mata daripada keseluruhan 24 membabitkan aksi liga perdana.

Sepakan menakjubkan Jordan Henderson dan Salah pada 20 minit pertama menyebabkan Everton berdepan kesukaran.

Gol Demarai Gray memberikan sedikit harapan buat skuad Toffees sebelum tamat babak pertama.

Namun satu lagi penyudah baik Salah selepas sejam memberikan pemain Mesir itu 19 gol dalam 19 perlawanan sebelum Diogo Jota meledak gol keempat 12 minit sebelum tamat.

Benitez bukanlah pemilihan popular dalam kalangan penyokong Everton sebelum dia mengambil alih berdasarkan sejarahnya menang Liga Juara-Juara buat Liverpool ketika enam tahun berada di Anfield.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania