Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

PRN Sarawak – Umur 18-20 Tak Boleh Mengundi

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18 hingga 20 tahun tidak boleh mengundi dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan.

Ini di sebalik pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur layak mengundi serta pendaftaran pengundi automatik akan berkuat kuasa 15 Disember, iaitu tiga hari sebelum hari mengundi PRN Sarawak.

Wan Junaidi menjelaskan PRN Sarawak akan menggunakan daftar pemilih pilihan raya yang dikemas kini pada 2 November.

“Keputusan ini adalah berdasarkan proses undang-undang, termasuklah keputusan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching, dan bukannya untuk menafikan atau mengetepikan hak dan hasrat para belia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi.

“Saya ingin menjelaskan bahawa tiada desakan dari mana-mana pihak dalam isu ini.

“Malah, Sarawak semenangnya sudah bersedia untuk menerima pengundi-pengundi muda ini. Saya berharap isu ini janganlah dipolitikkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi merupakan pemimpin dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merupakan gabungan yang mentadbir negeri itu.

PRN Sarawak sepatutnya dilaksanakan pada pertengahan tahun ini tetapi ditangguhkan setelah darurat dikuatkuasakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Darurat itu pada mulanya dijadual tamat pada Februari 2022, memberi harapan kepada golongan berusia 18 hingga 20 tahun untuk turut serta memilih kerajaan negeri baru.

Namun ia dibatalkan awal bulan ini – langkah yang dikritik sesetengh pihak sebagai menafikan penyertaan golongan itu dalam PRN.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Muhyiddin Yassin mendakwa Najib Razak telah meminta bantuannya untuk memecat Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Copyright © 2021 Media Rania