Ekonomi

PRN Sarawak – Perlu Perubahan Dan Ketelusan Dalam Sistem Tadbir Urus Infrastruktur Di Saribas

Kongsikan Artikel Ini

BAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS

■ Sebelum kita berbicara tentang cara, elok kita melihat realiti semasa.
Isu jurang ekonomi sistematik yang disebabkan oleh MONOPOLI…
Yakni agihan projek RTP, skim bantuan pertanian dan penternakan dengan adanya diskriminasi dan eksploitasi. Tidak sahaja dengan itu… kronisme dan monopoli juga wujud dalam pengagihan dan pemilihan tanah lot untuk kediaman… sedangkan penduduk yang lebih memerlukan tanah gagal dalam permohonon. Begitu juga ketirisan meluluskan projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Pemohon yang sepatutnya layak mendapat bantuan dipinggirkan dan yang tidak menepati kriteria pemilihan diberi pemilikan dan didahulukan sampai ada rumah yang dah berhantu tidak berpenghuni.

■ Isu ini sangat subjektif dan kontroversi tetapi inilah hakikat sebenar tatacara gerak kerja wakil pilihan rakyat Saribas sebelum ini dan kita sebagai rakyat berhak menilai dan berfikir adakah untuk kekal 5 tahun lagi dengan situasi yang sama ataupun inginkan suatu perubahan baru yang lebih ADIL dan SAKSAMA.

■ Polemik ini memerlukan perlaksanaan konsep pertukaran sistem urus tadbir yang menyeluruh dan efektif dengan maksud rakyat haruslah bijak memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan yang total. Ini bukanlah satu manifesto atau akujanji memancing undi tetapi kami yakin dengan kebijaksanaan anda memilih, kami akan berusaha membawa perubahan untuk tempoh 5 tahun yang mendatang.

■ Ketelusan pelaksanaan dan perancangan yang mapan agar kesilapan projek infrastruktur tidak lagi tertumpu di satu kawasan sahaja dan perlu dinilai agar pembangunan setiap kawasan lebih inklusif dan saksama.

■ Model ekonomi komuniti luar bandar akan kami laksanakan dengan memperkasa dan mempromosi produktiviti tempatan untuk menambahbaik kualiti hidup penduduk serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

■ Satu inisiatif akan diwujudkan untuk menambahbaik capaian internet yang dihadapi oleh penduduk kerana ianya antara keperluan yang harus diberi keutamaan kerana hanya dengan adanya akses internet berkualiti anak-anak akan mendapat input pembelajaran yang berkesan dalam norma baru. Dengan akses internet yang baik juga segala perniagaan atas talian akan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas.

 

■ Transformasi dalam sistem pengurusan komuniti setempat dengan merangka pelan strategik keselamatan & kesejahteraan kampung dan rumah panjang, pengurusan sisa pepejal, sistem perparitan tebatan banjir, rungutan masalah tempat letak kenderaan di Debak Baazar serta mendengar dan mencari jalan penyelesaian permasalahan setempat di seluruh Saribas agar kesilapan projek atau bantuan yang tidak diterima oleh golongan sasar yang lebih memerlukan tidak berulang lagi. Amatlah dikesali juga bilamana ada segelintir daripada Ketua Kaum Atau Masyarakat kerajaan GPS yang diberikan skop kerja yang seharusnya neutral dari pembabitan dalam politik kerana telah melangggari Community Chief and Ordinance 2004 yang telah diwartakan pada 30.12.2004.

■ Strategi drastik untuk membasmi pengangguran di kalangan belia di daerah Saribas dan secara tidak lansung akan dapat menyelesaikan masalah sosial setempat.

■ Kami memberikan halatuju yang jelas untuk suatu perubahan di Saribas dengan ikhlas untuk kita bekerjasama, tanpa rasa teraniaya, bermuka-muka, menipu rakyat untuk kepentingan sendiri dan saling tolong-menolong tanpa memilih siapa kroni…

Sekian.

Melawan Untuk Perubahan

Team #Reformasi Saribas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version