Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PRN Sarawak – KEADILAN Perlu Sedikit Masa Tentukan Calon

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) pertengahan bulan ini.

Menurut Pemangku Pengerusinya, Abang Zulkifli Abang Engkeh, ia berikutan berlaku pertindihan di beberapa kerusi melibatkan parti itu dan beberapa parti pembangkang lain terutamanya Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Jelas Abang Zulkifli, KEADILAN pada awalnya menyasarkan untuk bertanding di 49 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak namun terdapat pertindihan sesama parti pembangkang seperti di Senadin dan Piasau.


“Kami memang menyasarkan 49 kerusi namun setelah melihat senario politik semasa, KEADILAN memerlukan sedikit lagi masa untuk menentukan calon akhir.

“Kami juga bersedia untuk mengundurkan calon di kawasan yang mempunyai banyak pertembungan.

“Kerana semakin banyak pertembungan, ia akan memberi kelebihan buat Gabungan Parti Sarawak (GPS),” jelasnya pada sidang media KEADILAN Sarawak di sini pada Khamis.

Ujarnya, rundingan masih berlaku bersama rakan Pakatan Harapan (PH), DAP untuk memberi ruang kepada KEADILAN bertanding di Senadin dan Piasau memandangkan potensi undi memihak kepada KEADILAN di kawasan itu.

Ujarnya, rundingan masih berlaku bersama rakan Pakatan Harapan (PH), DAP untuk memberi ruang kepada KEADILAN bertanding di Senadin dan Piasau memandangkan potensi undi memihak kepada KEADILAN di kawasan itu.

Terdahulu, PH Sarawak mengumumkan KEADILAN akan bertanding di 47 kerusi, DAP bertanding 26 kerusi dan AMANAH bertanding sembilan kerusi.


Sementara itu, Abang Zulkifli mendakwa prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Melaka mengekang parti pembangkang dan bukannya parti yang memerintah.

Justeru beliau berharap SOP yang bakal ditetapkan SPR bagi PRN Sarawak dapat dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.

“Pada awal perjalanan SOP PRN Melaka cuma memberi tekanan kepada parti pembangkang dan memberi kelonggaran kepada pihak yang memerintah.

“Jadi maksud saya di sini adalah agar perjalanan SOP itu dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya tidak mengira parti, darjat dan sebagainya,” ujarnya.

Bertemakan kempen ‘Makmur Bersama Keadilan’, KEADILAN Sarawak telah menyiapkan 47 jentera parti untuk PRN12.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania