Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

PELIK – Mahkamah Tak Keluar Waran Tangkap Terhadap Rosmah

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 2 Dis – Rosmah Mansor diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rayuan pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuannya untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan mengisytiharkan perbicaraan kes rasuahnya yang sedang berjalan, terbatal.

Bagaimanapun, panel tiga hakim dipengerusikan Hanipah Farikullah tidak mengeluarkan waran tangkap dan menarik balik ikat jamin seperti dicadangkan oleh Sri Ram kerana kegagalannya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi pada 15 Okt.

“Mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengeluarkan waran tangkap. Tambahan pula, beliau (Rosmah) tidak pernah gagal menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi,” kata Hanipah.

Isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu dikatakan masih berada di Singapura menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa yang baru saja melahirkan anak kedua.

Menurut perintah Mahkamah Tinggi dikeluarkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, beliau akan kembali pada atau sebelum 21 Nov dan menyerahkan pasportnya sebelum 6 Dis.

Hanipah yang turut disertai M Gunalan dan Hashim Hamzah, berkata panel itu juga mengambil maklum penjelasan peguam Rosmah, Jagjit Singh bahawa disebabkan kelalaiannya menyebabkan beliau tidak hadir.

Hanipah berkata panel itu memberi peluang kepada Rosmah untuk hadir pada Isnin jam 9 pagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Muhyiddin Yassin mendakwa Najib Razak telah meminta bantuannya untuk memecat Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Copyright © 2021 Media Rania