Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Klopp Puas Hati The Reds Pamer Aksi Terbaik

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton di Goodison Park pada Khamis.

Menurutnya, sejak mengendalikan The Reds, inilah kali pertama kesebelasan pemain dilihat beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan bagi memastikan kemenangan pada pertemuan derby itu.

“Sejak saya mengendalikan kelab ini, rasanya inilah aksi terbaik yang dipamerkan oleh kesebelasan pemain.

“Sebelum ini kami sememangnya telah melalui banyak perlawanan di sini (Goodison Park), tetapi perlawanan malam ini adalah yang paling terbaik.

“Pemain tahu apa perlu mereka lakukan pada perlawanan ini dan mereka membuktikannya dengan mencatatkan kemenangan,” katanya.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson membuka jaringan pada minit kesembilan diikuti Mohamed Salah (min-19, min-64) dan Diogo Jota (min-79) manakala Demarai Gray menjaringkan gol sagu hati buat Everton pada minit ke-38.

Kemenangan itu menyaksikan The Reds kian mengukuhkan kedudukan pada tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (PL) dengan meraih 31 mata daripada 14 perlawanan.

Sementara itu, Klopp berpuas hati dengan aksi cemerlang dipamerkan kapten Jordan Henderson pada perlawanan berkenaan.

Katanya, selain menjaringkan gol, Henderson turut dilihat membantu dan terlibat bagi membantu rakan-rakan sepasukan menjaringkan gol.

“Bagi saya Hendo (Henderson) mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ini dan ia berlaku ketika Liverpool turut mempamarkan aksi terbaik di Goodison Park,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania