Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Kepimpinan Keadilan Sabah Perlu Dirombak – AMK

Kongsikan Artikel Ini

TAWAU, 2 Dis – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendengar kehendak akar umbi yang telah hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Negeri, Datuk Christina Liew.

Menurut Ketua AMK Tawau, Tommy Thomas sebelum ini Keadilan Sabah merupakan parti pembangkang paling dominan namun ia menjadi suram selepas Christina mengambil alih tampuk kepimpinan.

Christina bukan sahaja gagal membantu cabang-cabang Keadilan di negeri ini kecuali jika ada keperluan untuk diri beliau, Christina juga dilihat tidak serius dalam mengemudi parti ini.

Ia semakin terserlah selepas kegagalan Christina Liew mengekalkan beberapa kerusi yang ditandingi Keadilan pada 2013 lalu apabila Keadilan cuma bertanding 8 daripada 60 kerusi DUN pada 2018. Malah 5 dari 8 kerusi yang ditandingi merupakan kawasan hitam yang telah ditolak semua sekutu termasuk Warisan.

Lebih menyedihkan walaupun pada Pilihanraya Negeri Sabah tahun lalu terdapat pertambahan 13 kerusi DUN baharu menjadikannya 73 kerusi, namun kuota untuk Keadilan dikurangkan kepada 7 kerusi. Keadilan berada di tahap paling hina dalam sejarah sejak parti keramat ini mula bertapak di Sabah pada 1999. Dan ini tidak termasuk beberapa isu dalaman yang agak menyedihkan buat saya sebagai anak muda yang melihat masa depan yang cerah dalam parti ini.

Menurut Tommy yang juga meruoakan Bendahari AMK Sabah, beliau yakin Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia maklum bahawa 17 daripada 26 Ketua Cabang telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menolak Christina Liew sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Sabah selain 5 Cabang berkecuali dan 4 Cabang menolak. Malah dalam SD yang telah diserahkan kepada Presiden turut disertakan nama Ketua Cabang yang disokong untuk mengemudi bahtera Keadilan Sabah.

“Sebagai sebuah parti Reform yang mengamalkan demokrasi, saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akur terhadap keputusan akar umbi.”

Jelasnya lagi Ketua-Ketua Cabang sebelum ini telah bersetuju untuk mengekalkan Christina Liew selepas Pemilihan Keadilan 2018 bagi mengelakkan kepimpinan negeri diambil alih oleh ‘kartel’ yang pada hari ini telah meninggalkan parti. Namun kegagalan demi kegagalan Christina terus terserlah dan berdiam diri bukanlah jalan penyelesaian.”

“Saya juga dimaklumkan Christina sedang mengadakan jelajah ke setiap zon di Sabah dengan menggunakan nama ‘penerangan berkaitan Agenda Reformasi Sabah’. Namun tujuan sebenar beliau adalah untuk menarik sokongan Ketua-ketua cabang tetapi tidak mendapat sambutan daripada ketua-ketua Cabang, Wanita, Amk dan Serikandi Keadilan di Sabah.”

“Oleh itu saya menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara ini sebelum ianya menjadi semakin parah.”

“Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk merombak semula kepimpinan Keadilan Sabah agar parti ini dapat bergerak dengan baik dalam langkah persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania