Antarabangsa

Dua Kes ‘Positif’ Varian Omicron Mula ‘Mendarat’ Di Singapura!

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember) didapati ‘positif’ dalam ujian awal bagi varian Omicron COVD-19.

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan perkara itu dengan memetik kenyataan daripada Kementerian Kesihatan republik itu, pada Khamis.

“Kedua-dua kes telah diasingkan sejurus mereka tiba di Singapura pada 1 Disember, dan belum sempat berinteraksi di dalam komuniti.

“Setakat ini tiada bukti sebarang jangkitan komuniti dari dua kes berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kes tersebut kini dalam proses pemulihan di wad yang diasingkan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID). Kedua-dua individu itu telah lengkap divaksinasi, dan hanya mengalami simptom seperti batuk dan sakit tekak.

Kedua-dua individu itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki pesawat SQ479 pada Rabu.

Kes 271487 merupakan lelaki berusia 44 tahun adalah penduduk tetap Singapura dan tiba di republik itu dari Mozambique, dan transit di Johannesburg.

Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan, ujian pra-pelepasan kes itu di Mozambique pada 29 November lalu didapati negatif COVID-19.

Kes 271598 pula melibatkan seorang wanita warganegara Singapura yang tiba dari Afrika Selatan.

Ujian pra-pelepasan di Johannesburg pada 29 November turut mendapati dia negatif COVID-19.

Mereka telah menjalani ujian menerusi RT-PCR semasa tiba di Singapura dan dibawa ke pusat kuarantin sementara menunggu keputusan ujian.

Setelah didapati positif, mereka berdua dibawa ke NCID.

“Keputusan ujian RT-PCR mereka mendapati kewujudan S-gene Target Failure yang mungkin berkait dengan varian Omicron.

“Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sedang menjalankan penjujukan genom untuk mengesahkan varian virus itu,” lapor Kementerian Kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version