Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Dedah Butiran Penuh Perjanjian Karbon Sabah – Wong Chen

Business sentiment has hit rock bottom after the recovery plan was announced by the prime minister - PKR MP for Subang, Wong Chen - Photo: WongChen.com
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah dipersetujui dengan sebuah firma Singapura.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata Perjanjian Pemuliharaan Alam Sekitar itu meliputi dua juta hektar tanah hutan negeri selama tempoh 100 tahun.

Katanya, menurut laporan, sepanjang tempoh itu 30% keuntungan daripada kredit karbon dihasilkan akan dibayar kepada firma Hoch Standard Pte Ltd.

“Paling membimbangkan, Timbalan Ketua Menteri, Jeffrey Kitingan ketika mempertahankan perjanjian itu berkata Sabah mampu meraih kredit karbon bernilai RM3.2 bilion daripada dua juta hektar hutan itu setahun.

“Jika jumlah itu sahih, kerajaan negeri perlu menjelaskan kenapa Hoch Standard patut dibayar RM960 juta setahun untuk 100 tahun akan datang,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini,

Beliau mempertikaikan pembahagian untung 30% kepada syarikat asing yang tidak dikenali, dengan modal berbayar hanya sebanyak USD1,000 (RM4,240).

“Ini tanda amaran besar dalam tadbir urus yang mampu menakutkan bakal pembeli kredit karbon antarabangsa dan tempatan. Jika perjanjian ini dilengkapkan ia juga akan menjadi contoh buruk untuk semua perjanjian karbon pada masa akan datang di Malaysia.

“Saya menggesa kerajaan Sabah mendedahkan semua dokumen dan surat-menyurat yang membawa kepada perjanjian karbon ini. Ia mesti telus sepenuhnya.”

Menurut pihak berkuasa perhutanan Sabah, perjanjian itu tidak membenarkan eksploitasi hutan terlindung negeri itu. Objektif utamanya adalah untuk pemuliharaan dan perlindungan hutan hujan, menerusi pengewangan karbon yang disimpan dalam pokok, selain memanfaatkan modal semula jadi dalam persekitaran hutan.

Bagaimanapun, NGO Sabah terus mempertikaikan perjanjian itu terutama kekurangan ketelusannya. Perjanjian itu hanya diketahui selepas dilaporkan media.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Muhyiddin Yassin mendakwa Najib Razak telah meminta bantuannya untuk memecat Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Copyright © 2021 Media Rania