Anak Muda

Angka Pelajar Sri Puteri Positif Covid-19 Terus Meningkat

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini, kata Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan terkini di sekolah berasrama penuh itu sebanyak 139 kes membabitkan pelajar, guru dan kakitangan.

Sha’ari berkata, semua 139 kes positif berada dalam keadaan stabil dan dikategorikan dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

“Proses saringan diteruskan pada 2 Disember 2021 ke atas 523 individu yang terdiri daripada 432 pelajar, 53 guru dan 38 petugas. Daripada saringan tersebut, 65 kes baharu positif Covid-19 (43 pelajar, 13 guru dan 9 petugas) dikesan.

“Jumlah keseluruhan individu yang disaring sehingga jam 3 petang, 2 Dis adalah seramai 946 orang (849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas) manakala jumlah kumulatif kes positif yang dikesan ialah 139 orang (114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes positif dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 MAEPS manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berlaku kluster Covid-19 iaitu Kluster Persiaran Tasik dengan kes indeks merupakan seorang guru di sekolah tersebut.

“Beliau didapati bergejala pada 22 Nov dan disahkan positif Covid-19 pada 24 Nov. Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru.

“Semua enam pelajar itu dirujuk ke PKRC MAEPS manakala kedua-dua guru tersebut menjalani pengasingan di rumah,” kata Sha’ari.

Pada 1 Dis, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang melakukan saringan ke atas 240 pelajar lagi dan seramai 65 kes positif Covid-19 dikesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki memaklumkan, himpunan itu tetap diteruskan di lokasi baru esok, selepas polis mengumumkan penutupan semua...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Gabungan 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengandungi lapan tuntutan termasuk...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 19 Jan – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menyelar tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version