Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Amanah Tolak Bergabung Dengan KEADILAN

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

“Ya,” kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika diminta mengesahkan sama ada benar mereka menolak idea itu.

Salahuddin berkata cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana “tidak pernah berbangkit”.

Katanya, Amanah tidak menerima cadangan daripada mana-mana pihak berkaitan perkara itu.

Malah, katanya, akar umbi mereka atau mana-mana peringkat dalam Amanah juga tidak pernah membangkitkannya.

“Kalau ada baru boleh kita ambil kira dan bincang.

“Ini entah daripada mana datang saya pun tak tahu,” katanya yang juga ahli parlimen Pulai.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat sebelum ini mencadangkan penggabungan KEADILAN-Amanah selepas Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Hujahnya, penggabungan itu akan menjadikan mereka parti terbesar dalam Dewan Rakyat, sekali gus menolak propaganda PH dikuasai DAP.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Copyright © 2021 Media Rania