Ekonomi

‘Barang Naik Menggila’ – Anwar Terus Perjuang Isu Rakyat Di Parlimen

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Isu kenaikan harga barangan dan makanan terutama ayam, sayur-sayuran dan telur terus menjadi perhatian rakyat ekoran kenaikan mendadak sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Anwar menerima memorandum daripada Otai Reformis, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Jingga 13, dan Gerak 98 di pintu pagar Parlimen pada Khamis.


“Memorandum ini menyatakan bantahan keras kepada kenaikan harga barang yang menggila saat ini. Sudahlah gaji masih di tahap yang parah, rakyat kini ditambah pula beban dengan kenaikan harga barang yang seolah-olah tidak dikawal.

“Ini tidak boleh diterima sama sekali dan insya-ALLAH saya akan bangkitkannya di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.

Semalam, Anwar dan Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi pasar Kampung Kerinchi, dekat sini bagi mengetahui situasi sebenar keresahan rakyat berpendapatan rendah.

Beliau mengecam tindakan Speaker untuk mengelak kebertanggungjawaban Parlimen dan kerajaan dengan memindahkan perbahasan penting ini hanya di peringkat ‘Kamar Khas’ dalam isu kenaikan harga barang sangat dikesalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version