Antarabangsa

TERKINI – Brazil Sah Rekod Kes Pertama Varian Omicron Covid-19!

Kongsikan Artikel Ini

BUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19, menandakan kes pertama yang disahkan di Amerika Latin, lapor Agensi Anadolu.

Seorang pengembara yang tiba di Sao Paulo dari Afrika Selatan dan isterinya, yang tidak menyertai perjalanan itu, disahkan positif varian baharu itu, kata ANVISA dalam satu kenyataan.

Pengembara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo pada 23 November dengan keputusan negatif COVID-19, tetapi pasangan itu disahkan positif sebelum perjalanan pulang yang dirancang.

Sampel daripada individu dengan varian Omicron akan dihantar ke Institut Adolfo Lutz untuk analisis lanjut, tambah kenyataan itu.

Pengembara itu tiba di Sao Paulo sebelum Brazil menutup sempadannya dengan Afrika Selatan dan lima negara Afrika selatan yang lain pada Jumaat dalam usaha menghalang penyebaran varian COVID-19 baharu.

Brazil melaporkan jumlah kematian berkaitan COVID-19 tertinggi di dunia selepas AS.

Jumlah keseluruhan kes negara itu kini melebihi 22 juta manakala jumlah kematian mencecah lebih 614,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version