Negeri

PRN Sarawak – Capaian Internet Sangat Lemah Di Kawasan Tellian, Mukah – AMK Sarawak

Kongsikan Artikel Ini

MUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan?

Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah masih begitu lemah dan terhad capaian internetnya.

Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Mohd Arwin Lim Abdullah, hal ini menjejaskan perkembangan dan perjalanan terutamanya sektor perniagaan dan pembelajaran pelajar sekolah yang mengikuti PDPR ketika ini.

“Capaian internet yang begitu lemah membuatkan kedua-dua sektor utama ini terjejas teruk dan penduduk di Tellian terpaksa akur dengar kelembapan dalam persaingan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi penduduk di Tellian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Ujar beliau, kerajaan hari ini harus lebih peka dan adil dalam soal pembangunan kawasan luar bandar selari dengan peredaran masa dan zaman jaringan internet yang laju di negara ini.

Hal ini amat penting bagi memastikan nasib penduduk di Tellian diangkat secara adil seperti di kebanyakan kawasan yang lain di Sarawak.

Hari ini, capaian internet merupakan isu asas yang akan mempengaruhi kehidupan harian masyarakat dunia dan Tellian turut tidak terkecuali.

Tambahnya lagi, mengambil kira norma baharu sejak tercetusnya pandemik Covid-19 dua tahun kebelakangan ini, banyak urusan harian terjejas kerana kebanyakan urusan hanya boleh diuruskan melalui atas talian dan capaian internet yang begitu lemah menjejaskan proses ini dalam skala yang sangat besar.

“Sarawak sebuah negeri yang maju dan masih lagi ketinggalan jauh dari segi kemudahan asas seperti ini.

“Laungan mantan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari sejak 2017 untuk merangsang penggunaan pendigitilan serta Sarawak bergerak menuju ekonomi digital adalah jauh dari banyangannya di Tellian ini,” ujar Mohd Arwin Lim lagi.


Malah, memetik kenyataan Pengurus Besar Lembaga Multi-media Sarawak (SMA) sewaktu menandatangani MOU dengan rakan strategik pada November 2019, katanya bahawa 600 menara telekomunikasi akan dibina menjelang tahun 2022, realitinya hari ini, penduduk di Telian masih lagi terkapai-kapai dengan capaian internetnya yang sangat perlahan dan terhad.

Beliau berharap rakyat Sarawak dapat mendengar pelan pembangunan ini, namun persoalannya sejauh mana dan bilakah ia mampu dilaksanakan.

“Masyarakat luar bandar tidak harus dinafikan dan ketinggalan dalam pembangunan dan keperluan asas seperti ini,” tambahnya.

– MEDIA RANIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version