Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Penyokong Tak Jadi Bogel Dari Kuala Lumpur Ke Johor

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau Selatan dalam aksi final Piala Malaysia berdepan Kuala Lumpur City (KL City) di Bukit Jalil, semalam.

Ia selepas netizen menuntut individu berkenaan menunaikan ‘janji’ untuk berbogel dari Kuala Lumpur (KL) hingga ke Johor sekiranya KL City mengalahkan JDT dalam aksi final yang berlangsung Stadium Nasional.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, individu berkenaan berkata:” Malam ini (semalam) Johor lawan KL. Ok bro macam ini bro, kalau KL boleh kalahkan Johor, aku bogel dari KL sampai Johor.

“Bogel tau. Aku bogel. Serius cakap punya. Bukan sembang. Tak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Aku bogel dari KL sampai Johor,” katanya.

Individu berkenaan menjadi ‘buruan’ netizen bagi menuntutnya untuk mengotakan kenyataan itu selepas JDT tewas 2-0 di tangan KL City.

Namun, individu berkenaan sekali lagi tular selepas dia memuat naik sekeping gambar dengan menulis: “Minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor..saya ada sesak nafas.”

Pelbagai lagi reaksi penyokong JDT kini tular di media sosial selepas aksi final, semalam, termasuk video seorang penyokong skuad Harimau Selatan yang dengan yakin meluahkan bahawa JDT boleh menang 8-0 ketika ditemu bual media tempatan sebelum perlawanan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Copyright © 2021 Media Rania