Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PANAS – ADUN Sabak Desak Menteri KPDNHEP Letak Jawatan!

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 1 Dis – Sesi petang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini ‘digegarkan’ dengan desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman yang meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meletakkan jawatan.

Beliau membuat desakan itu berikutan kegagalan Datuk Alexander Nanta Linggi mengawal harga barangan daripada naik mencanak sehingga melebihi 100 peratus terutama melibatkan input pertanian.

“Saya seru Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi supaya meletakkan jawatan kerana dia gagal mengawal harga barangan di negara ini.

“Saya ulangi, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi supaya meletakkan jawatan… Semua (ahli-ahli Dewan Undangan Negeri) setuju atau tidak? Semua setuju.

“Sungai Panjang (Datuk Mohd Imran Tamrin) tak setuju tak apa,” katanya pada sesi perbahasan Perbekalan 2022 di DUN Selangor, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Mustain, beliau datang ke persidangan DUN hari ini membawa mandat daripada petani, pesawah dan penternak di kawasannya, yang merasa keperitan akibat kebaikan input pertania.

Kata beliau, kenaikan harga racun, baja dan makanan ternakan melebih 100 peratus adalah fakta bukan auta.

“Sangat dahsyat kenaikan input pertanian ini… naik (sehingga) melebihi seratus peratus.

“Saya minta kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), hasilkanlah baja, racun dan makanan ternakan sendiri supaya dapat dijual kepada rakyat Selangor dengan harga yang murah,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mengaitkan kenaikan harga itu dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu perkataan yang sinonim dengan ‘barang naik’.

“Ada yang nak menafikan? Bila saja BN mentadbir kerajaan Persekutuan, barang mesti naik. Buktinya sudah ada… ayam naik, sayur naik, semua naik. Ini fakta, bukan auta,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania