Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Mekanisme Kawalan Harga Lembab – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, ia tidak selari dengan hasrat kerajaan kononnya mengawal kenaikan harga barangan dengan segera.

“Mendengar dan bertukar pendapat dengan peniaga terutamanya soal harga barang yang meningkat dan kos pemasaran yang mendadak naik,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, beliau sebelum ke Parlimen ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Ismail serta Ahli Parlimen Lembah, Pantai Fahmi Fadzil meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi.

Dalam pertemuan itu, beliau berjanji akan membawa isu dengan segera dalam persidangan Parlimen.


Menurut laporan media, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Jacob George, mendakwa rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200%, menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga.

Katanya, semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung ke­perluan domestik.

Ditambah nilai ringgit yang menyusut pada kadar RM4.24 berbanding dolar Amerika Syarikat, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga barang untuk menampung kos.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania