Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Lepas Harga Ayam, Caj Rawatan Hospital Swasta Pula Naik!

Kongsikan Artikel Ini

GEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta.

Gesaan itu susulan aduan daripada pengguna mengenai premium insurans kesihatan mereka yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, kos penjagaan kesihatan swasta menjadi antara alasan utama bagi peningkatan premium insurans kesihatan.

Katanya, berdasarkan laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2019, didapati tuntutan insurans kesihatan perubatan (MHI) berkembang sebanyak 11.6 peratus setahun antara 2016 dan 2019.

“Ia sekali gus menunjukkan peningkatan tuntutan terus mendahului peningkatan dalam premium yang berkembang secara purata iaitu 9.5 peratus setahun.

“Tinjauan global mengenai trend perubatan pada 2019, Malaysia berada di peringkat antara yang tertinggi di Asia Tenggara dalam bentuk kos perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan media, sebanyak 80 peratus orang ramai mendapatkan rawatan menerusi perkhidmatan perubatan awam manakala bilangan pesakit yang pergi ke hospital swasta, jatuh kepada 70 hingga 80 peratus pada tahun lalu.

Mohideen berkata, sekiranya isu berkenaan tidak diambil perhatian, ia boleh menyebabkan orang ramai tidak mampu membayar insurans kesihatan dan pemegang polisi sedia ada atau mungkin membiarkan polisi mereka luput.

Katanya, CAP percaya peningkatan kos rawatan di hospital swasta berpunca daripada tindakan mempromosikan pelancongan perubatan.

“Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik adalah kewajipan bagi kerajaan dalam memenuhi hak asas rakyat terhadap kehidupan.

“Keutamaan perlu diberikan bagi menambah baik sistem penjagaan kesihatan awam dan tidak membantu hospital swasta memaksimumkan keuntungan mereka melalui merawat pelancong perubatan asing,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania