Antarabangsa

Bayaran Khidmat Kutip Sampah Naik Mulai 1 Januari

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak 2017.

Menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), kenaikan itu bagi menampung kos operasi dan tenaga kerja dalam menawarkan perkhidmatan mengutip sampah dan barang kitar semula isi rumah, menurut agensi itu dalam satu kenyataan media.

Mulai 1 Januari ini, bayaran bagi isi rumah yang tinggal di flat HDB dan apartmen swasta yang memilih skim pungutan sisa awam akan naik kepada S$9.63 (RM29.65) setiap bulan, meningkat sebanyak S$1.38 (RM4.25).

Mereka yang tinggal di rumah berhalaman perlu membayar S$32.07 (RM98.74) , iaitu kenaikan sebanyak S$4.60 (RM14.16).

Kenyataan itu berkata, bayaran bagi setiap jenis perumahan diperoleh dengan mempertimbangkan purata yuran Pengumpul Sisa Awam (PWC) serta perubahan daripada penyesuaian kontrak, lapor agensi berita CNA.

“Sepanjang beberapa tahun lalu, purata bayaran PWC meningkat sejajar dengan kos operasi dan tenaga kerja yang meningkat,” menurut NEA lagi.

Kenyataan itu juga berkata, memandangkan khidmat mengutip sampah adalah tugas yang memerlukan banyak tenaga kerja dan permintaan bagi khidmat tersebut semakin meningkat, langkah menambah terus tenaga kerja bagi memenuhi permintaan tidak boleh bertahan lama.

“Justeru, terdapat keperluan untuk mengubah sektor ini bagi meningkatkan kecekapan, menggalak pertumbuhan dan mewujudkan pekerjaan lebih baik dalam industri berkenaan.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk meningkatkan dan mengubah industri pengurusan sisa, NEA bekerjasama dengan PWC bagi huraian inovatif dan teknologi untuk meningkatkan daya penghasilan dan kecekapan,” katanya.

Setiap isi rumah boleh menggunakan Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) – rebat U-Save untuk mengurangkan bayaran bagi khidmat pungutan sampah.

Skim itu membantu isi rumah HDB yang layak menampung perbelanjaan bil api air, yang termasuk bayaran sampah, menurut NEA, sambil menambah rebat U-Save seterusnya akan diagihkan pada Januari ini.

Mereka yang mengalami masalah kewangan boleh mendapatkan bantuan dari pejabat khidmat sosial, menurut NEA.

“NEA akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kerja untuk mengubah sektor dan membangunkan budaya 3R di Singapura, bagi mencapai wawasan Negara Sifar Sisa.

“Mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula akan membantu mengurangkan beban terhadap sistem pembuangan sisa dan memastikan pengurusan sisa isi rumah yang mampan,” katanya.

– AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniJAKARTA, 21 Jan – Penularan kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron di Jakarta terus menunjukkan peningkatan dengan lima kawasan diletakkan dalam zon...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version