Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Ballon d’Or – Ronaldo Setuju Messi Tak Layak Menang!

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya dan Robert Lewandowski.

Messi yang juga bintang Paris Saint-Germain (PSG), memenangi anugerah berprestij itu buat kali ketujuh menewaskan sensasi Bayern Munich, Lewandowski dengan kelebihan 33 undian.

Ronaldo, pemenang lima kali anugerah itu, berada di kedudukan keenam dan ketinggalan 435 undian di belakang Messi.

Penyerang Manchester United itu mencemuh kemenangan seteru utamanya dari Argentina itu apabila menulis ‘fakta’ di bawah status halaman peminat di media sosial.

Halaman itu memperincikan mengapa kapten Portugal itu layak memenangi anugerah berkenaan berbanding Messi.

Status yang ditulis di akaun peminat bernama ‘Cristiano Ronaldo – The Legendary’ yang mana Ronaldo sendiri mengikuti halaman itu, memperincikan pencapaian Ronaldo pada 2021 sebelum menggambarkan kemenangan Messi sebagai amat memalukan.

“Mereka yang bijak tahu siapa yang berhak memenanginya. Menerima anugerah tanpa berhak untuk memenanginya bukanlah satu kebanggaan,” tulis status di halaman itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania