Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Apabila ‘Keluarga Ismail Sabri’ Buat-Buat Terkejut Harga Ayam Naik…

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat.

Kononnya disebabkan hal berkenaan, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mengimport ayam sejuk beku dari luar negara untuk menambah kuantiti ayam dalam pasaran.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee untuk memberikan kelebihan kepada pengguna membeli ayam dengan mengimport ayam beku daripada luar.

“Kita banjirkan pasaran dengan ayam dari luar yang mana harga lebih murah berbanding harga ayam tempatan,” katanya selepas membuat lawatan dan meninjau harga barang di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya, Presint 9, Putrajaya.

Menurut beliau, harga ayam misalnya didapati meningkat sehingga RM9.50 sekilogram hingga menimbulkan kemarahan rakyat.

“Memang benar harga diakui memang naik, ayam milsalnya tidak pernah naik sehingga RM9.50 hingga RM9.80 sekilogram, walaupun pernah naik RM10 sekilogram.

“Tapi ini bukan kebiasaan, biasanya harga ayam RM5.50 sekilogram, kenaikannya tinggi.

“Pelbagai alasan yang diberikan oleh penternak dari segi kenaikan harga makanan ayam dan sebagainya,” tambah beliau.

Bukan setakat itu, harga ais yang digunakan untuk tujuan menyejuk beku ayam pun turut naik menyebabkan kos penyimpanan ayam sejuk beku pun turut naik.

Sedangkan tarif air dan elektrik tidak berubah, jadi di mana rasionalnya harga ais tiba-tiba naik tak tentu pasal?

Apa dah jadi?

Bagaimanapun, ‘kejutan’ Ismail Sabri hanyalah sekadar gimik murahan kerana yang sebenarnya, kerajaan ‘Keluarga Ismail Sabri’ telah gagal menepati KPI yang ditetapkannya sendiri.

Tempoh 100 hari ‘bulan madu’ hanya disibukkan dengan program tidak memberi manfaat kepada rakyat seperti rancangan mengembalikan semula projek kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Projek yang dibatalkan Muhyiddin Yassin itu terpaksa menelan wang rakyat sebanyak RM320 juta yang sepatutnya diperuntukkan untuk kebajikan rakyat.

Jadi dengan cadangan semula pembinaan landasan HSR tersebut, apakah Ismail Sabri cuma sekadar ‘pak turut’ kepada Najib Razak yang menjadi ‘dalang’ sebenar projek berkenaan?

Usah buat-buat terkejut dengan kenaikan harga ayam kerana di zamannya sendiri, tiga kementerian terpaksa bergabung hanya untuk mencari penyelesaian terhadap kenaikan bahan makanan itu!

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania