Agama

1,064 Kes Cerai Pasangan Islam Sehingga September – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan Islam sejak Januari hingga September lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, angka itu dilihat rendah berbanding jumlah kes bagi keseluruhan tahun lepas dengan 2,563 manakala sebanyak 3,177 kes direkodkan pada 2019.

“Bagi kes perceraian melibatkan pasangan bukan Islam pula, sebanyak 1,418 kes dicatatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh 2019 hingga 31 Ogos tahun ini,” katanya pada sesi soal jawab lisan di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Isam Mohd Isa (BN-Gemencheh) mengenai jumlah kes perceraian bagi 2019, 2020 dan 2021 dan jenis bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan.

Aminuddin berkata, JHEAINS telah menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pasangan suami isteri yang memerlukan sesi runding cara selain turut berkolaborasi dengan beberapa agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberi bimbingan kepada pasangan bermasalah.

“Kita juga turut mengadakan program kesedaran secara dalam talian untuk memberi kefahaman mengenai pasangan masing-masing dan aspek rumah tangga sepanjang tempoh pandemik COVID-19,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version