Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Sarawak – ‘Sarawak Sihat Sejahtera’ Teras Utama Manifesto KEADILAN Sarawak

Kongsikan Artikel Ini

MIRI, 30 Nov – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dr Michael Teo Yu Keng, menjelaskan bahawa Manifesto KEADILAN Sarawak menumpukan fokus terhadap ‘Sarawak Sihat Sejahtera’ sebagai teras utama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

Beliau menyatakan bahawa sebagai seorang doktor, beliau percaya Sarawak yang maju dan makmur bermula dengan rakyat yang sihat sejahtera.


“Jika diberikan mandat untuk memerintah, KEADILAN akan melancarkan strategi untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental rakyat Sarawak daripada ancaman COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan media yang disiarkan semalam.

Justeru itu, katanya, KEADILAN akan menyediakan Dana Ehsan COVID-19 dan Bakul Makanan KEADILAN bagi keluarga B40 yang memerlukan.

Sepanjang pandemik COVID-19, Dr Teo telah menyumbang beribu bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Miri. Inisiatif ini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Miri.


Beliau yang mewakili Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN negeri menjelaskan, di Sarawak, tiada sesiapa yang harus kelaparan. Yayasan Foodbank KEADILAN juga akan diwujudkan untuk membantu keluarga daif.

“Inisiatif ini juga akan memberikan bantuan susu kepada kanak-kanak dan keluarga daif yang memerlukan,” ujar beliau.

Menurut ahli parlimen Miri itu lagi, selain inisiatif berkenaan, KEADILAN akan menganjurkan ‘Bantuan Tunai Pendapatan Minima’ buat setiap keluarga miskin yang mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah garis kemiskinan.


Difahamkan, peruntukan tersebut akan diambil daripada ‘wang simpanan’ kerajaan Sarawak sebanyak RM31 bilion yang diperkatakan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Inisiatif ini tambahnya, dijangka akan membantu keluarga miskin tegar terutamanya warga emas dan ibu bapa tunggal.

Inisiatif lain untuk memastikan penduduk Sarawak sihat sejahtera ialah ‘Skim Perumahan Mampu Milik Rakyat Sarawak’.

“Menerusi skim ini, lima puluh ribu rumah mampu milik akan dibina untuk rakyat Sarawak dalam masa lima tahun.

“Perumahan yang selamat dan selesa adalah asas kepada membina keluarga yang sihat dan sejahtera serta menggalakkan mobiliti sosial,” jelas Dr Teo.

Selain itu, bagi semua pemilik rumah di kawasan bandar, geran tanah 99 tahun akan diberikan tanpa mengira kaum atau agama.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania