Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Pengaruh Pas Di Kelantan Makin Pudar – Ku Li

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah percaya bahawa Pas hanya menghitung hari di Kelantan akibat rekod prestasinya yang buruk dalam mentadbir negeri itu selama lebih 30 tahun.

Beliau berkata, Pas telah memerintah sejak 1990, tetapi tidak banyak yang berjaya diusahakannya, sekali pun menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih.

“Dan tiada pembangunan. Jika bukan kerana negeri itu anggota persekutuan (Malaysia), ramai rakyat di Kelantan akan menganggur. Kini, rakyatnya keluar dari negeri itu dan datang bekerja di sini (di Kuala Lumpur),” katanya dalam satu wawancara.

“Jadi setiap kali musim raya atau cuti sekolah, anda akan lihat jalan sesak sehingga ke Kota Bharu disebabkan rakyatnya yang pulang dari KL dan tempat lain.

“Saya rasa Pas hanya menghitung hari sahaja di Kelantan. Jika rakyat sedar dan tidak terpengaruh dengan rayuan parti itu, maka mereka boleh lihat masa depan lebih baik.”

Ketika ditanya mengapa Pas berjaya mengekalkan kuasa di negeri itu selama ini, beliau berkata, ia mungkin disebabkan oleh nilai konservatif pengundi di sana yang berasa “selamat dengan Pas walaupun mereka tidak buat apa-apa”.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania