Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Klopp Terkejut Dengan Keputusan Ballon d’Or

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or.

Lionel Messi memenangi gelaran ketujuhnya selepas mengatasi Robert Lewandowski yang dilihat lebih layak memenangi anugerah itu tahun ini.

Gandingan Chelsea Jorginho dan N’Golo Kane turut mengisi kelompok lima teratas dengan Karim Benzema berada di antara mereka pada kedudukan keempat.

Pemenang lima kali Cristiano Ronaldo di tempat keenam, dengan Salah di belakangnya walaupun mengharungi musim 2021-22 yang jauh lebih cemerlang.

“Saya terkejut dengan kedudukan Salah. Wartawan yang mengundi untuk Ballon d’Or, jadi… jika anda fikir dia sepatutnya berada lebih tinggi, anda perlu meyakinkan rakan-rakan anda!

“Anda boleh sentiasa memberikannya kepada Lionel Messi berdasarkan kariernya, tetapi jika anda tidak memberikannya kepada Robert Lewandowski kali ini, dia tidak akan memenanginya langsung.

“Dan Mo Salah sepatutnya berada di kedudukan lebih tinggi. Dia akan mendapat peluangnya di lain kali,” kata Klopp menjelang pertemuan tetangga Merseyside dengan Everton malam ini.

Chelsea dianugerahkan Kelab Terbaik selepas skuad lelakinya memenangi Liga Juara-Juara Eropah manakala skuad wanita mereka memenangi Liga Super Wanita dan muncul naib juara Liga Juara-Juara Wanita di belakang Barcelona.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania