Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Ibu 50 Anak – Dr Tan Yee Kew

Kongsikan Artikel Ini

Oleh Dr Tan Yee Kew

Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas.

Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini selepas bersara 12 tahun lalu bermula dengan hanya 8 orang anak dan kemudiannya bertambah menjadi 50 orang di bawah jagaannya kini.


Rumah anak-anak yatim dan asnaf ataupun ‘Teratak Ummi’ ini hanya didanai sepenuhnya melalui sumbangan orang ramai sebelum pandemik Covid-19 melanda. Kini, mereka tidak cukup wang membayar sewa, utiliti dan makanan. Van untuk mengangkut anak-anak ini ke sekolah pula memerlukan baikpulih kerosakan dan cukai jalan juga perlu diperbaharui.


Sewaktu Dato’ Ghazali, pengerusi Majlis Perwakilan Masyarakat (MPM) sub zon 9 membawa kesnya kepada saya, saya memutuskan untuk melawat ke sana, dengan membawa cek RM5000 dan satu karton buah epal untuk anak-anak itu.

Anak-anak ini berumur antara 3 hingga 14 tahun, bermata cerah dengan kulit yang sihat, agak pemalu namun tidak segan dengan orang yang baru dikenalinya.


Ummi memberitahu saya, Dr. Ko yang baik hati (ya, pakar kulit terkenal) kerap melawat mereka memberikan rawatan percuma kepada anak-anak ini dan sering menyumbangkan sayur-sayuran segar kepada mereka.

“Saya sudah tua sekarang dan sukar menguruskan rumah ini, lebih-lebih lagi sumbangan orang ramai semakin berkurangan. Saya mahu berputus asa tetapi anak-anak saya meletakkan kepala mereka diriba dan menangis merayu saya jangan meninggalkan mereka..,” Jadi, Ummi teruskan berjuang.


Dunia ini dapat menjadi lebih baik kerana adanya orang seperti Ummi dan ramai penderma yang baik hati. Saya percaya setiap orang daripada kita mempunyai kapasiti melakukan sesuatu yang baik untuk dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk semua.


Ummi memberitahu saya, dia akan memohon sedikit dana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana orang ramai sudah dibenarkan bergerak lebih bebas sekarang. Saya harap permohonannya akan diluluskan kelak.

Sementara itu, Jika anda ada sedikit lebihan rezeki, bantulah Ummi dan anak-anaknya.

Maklumat Perbankan:
Bank: Maybank
No Akaun: 1643 4233 2053
Nama penerima: Fatimah Binti Husin

Sumber: Facebook Page Dr Tan Yee Kew

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Sebagaimana kita semua sedia maklum, dalam pengakuan awalnya berhubung kontroversi pemilikan berjuta saham yang dikaitkan dengannya, Ketua Pesuruhjaya...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 16 Jan – Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan. Kategori pertama, Perdana Menteri yang...

Copyright © 2021 Media Rania