Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Jangan Terlalu Yakin Dengan Keputusan PRN Melaka – Ku Li

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Razaleigh Hamzah mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu yakin mengenai kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila menggesa untuk diadakan pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Veteran Umno itu berkata parti terbabit tidak seharusnya “terpedaya” kerana ramai rakyat Melaka yang tidak keluar mengundi, di mana sejumlah 326,068 undi dibuang, atau 65.8% daripada pemilih berdaftar di negeri itu.

Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata pengundi itu lebih rela “tunggu dan lihat” menjelangnya PRU nanti, yang dijangka akan diadakan tahun depan.

“Saya tidak katakan Melaka akan mengadakan satu lagi pilihan raya (negeri) bersama dengan pilihan raya umum bagi Parlimen juga. Tetapi saya katakan bahawa mereka merasakan bahawa ini adalah pilihan raya kecil berbanding pilihan raya besar yang akan menggerakkan segalanya selepas PRU15.

“Tetapi ia adalah amaran jelas kepada semua, termasuk dalam Umno: Jangan terlalu yakin,” katanya dalam satu wawancara.

Razaleigh menjadi Ahli Parlimen Gua Musang selama 11 penggal, sekali gus menjadikannya sebagai Ahli Parlimen paling lama di negara ini.

“Anda mungkin mempunyai sokongan kuat di beberapa bahagian di Melaka. Tetapi, begitu juga di peringkat persekutuan apabila anda mungkin berdepan kumpulan anti-BN, (sentimen) anti-Umno yang kuat berkembang yang akan memberi kejutan dan kekecewaan apabila tibanya PRU15.”

BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka dan memberikannya majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kemenangan besar itu mendorong Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan PRU lebih awal memandangkan pengundi dilihat menyebelahi BN.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania