Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – Semangat Setiakawan Dan Ukhuwah KEADILAN Melaka Terus Dipererat – Halim Khomiza

Kongsikan Artikel Ini

PORT DICKSON, 29 Nov – Sebagai menghargai sumbangan dan jasa para petugas jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pejabat Pertubuhan Veteran Negara Malaysia (PVPNM) Port Dickson menganjurkan Malam Apresiasi bersama bekas calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Melaka.

Program tersebut diadakan di Restoran Mailiza Mamalis, Pasir Panjang, dekat sini, sebentar tadi.


Penganjur majlis berkenaan ialah Presiden PVPNM sendiri, Dato’ Halim Khomiza bersama #TeamDatoHalim meraikan kehadiran tetamu yang diundang khas ke majilis ini.

Tetamu khas dalam majlis itu ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Dato’ Halim Bachik; Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai dan Naib Ketua Wanita KEADILAN pusat merangkap Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Wasanthee Sinnasamy.


Sementara bekas calon DUN yang hadir termasuk bekas calon DUN Tanjung Bidara, Zainal Hassan; bekas calon DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim; bekas calon DUN Rembia, Zamri Pakiri; bekas calon DUN Machap Jaya, Law Bing Haw dan bekas calon DUN Rim merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka, Prasanth Kumar Brakasam bersama jentera DUN masing-masing serta petugas parti yang didatangkan khas dari Kampung Jimah, Port Dickson.

Menurut Halim, semangat dan kesungguhan bekas calon serta petugas yang hadir amat tinggi kerana perjuangan belum tamat malah jalinan ukhuwah serta semangat setiakawan sesama pasukan terus dipererat.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Copyright © 2021 Media Rania