Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

PRN Sarawak – GPS Gagal Kawal Harga Sayuran, Keluarga B40 Sarawak Sengsara – Zulhaidah

Kongsikan Artikel Ini

SIBUTI, 29 Nov – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Sibuti baru-baru ini telah mendengar rintihan para peniaga berkaitan isu kenaikan harga sayuran mendadak pada masa kini.

Menurut Ketua Wanita KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh, isu tersebut telah memberi kesan kepada para peniaga yang terpaksa menjual dengan harga mahal dan memborong dengan harga tinggi.


“Ia juga memberi kesan mendadak kepada keluarga di seluruh Sarawak umumnya dan penduduk Sibuti khususnya,” ujar beliau menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, kegagalan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dapat mengawal harga keperluan harian seperti sayuran ketika rakyat baru bermula membina ekonomi dan perniagaan dalam usaha pemulihan daripada pandemik COVID-19 amat mengecewakan.

Di saat kesengsaraan ekonomi masih terasa, rakyat kini terpaksa menghadapai cabaran kenaikan harga barangan.

“Kenaikan harga sayuran tempatan mencapai 20-30% adalah tindakan yang menekan rakyat secara langsung.

“Kerajaan GPS tidak prihatin dan gagal dalam tanggung jawab untuk menjaga kebajikan rakyat terutamanya dalam memastikan semua keluarga Sarawak mampu memperolehi makanan yang sihat dan seimbang,” tambahnya lagi.

Difahamkan tidak pernah berlaku harga sayuran paling tinggi dalam tempoh 30 tahun dan ini adalah aras ukur apabila kerajaan gagal kembali berkuasa maka urus tadbir ekonomi negara gagal dikendalikan dengan baik.

Tambahnya lagi, jika situasi ini berterusan, ianya sangat memberi kesan kepada semua golongan rakyat M40 dan sekaligus B40 kecuali golongan ‘Kayangan’ iaitu golongan pemerintah elit yang berpendapatan lumayan dan terus dapat makan bermewahan dan hidup dengan penuh selesa.

Beliau menggesa Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP merujuk semula lima strategi yang tertera di laman portal rasmi KPDHEP demi kebaikan rakyat dan Malaysia yang lebih efisen.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggung jawab menjaga kebajikan rakyat, KPDNHEP harus prihatin dan peka terhadap permasalahan akar umbi dan mengambil tindakan segera untuk mengawal harga barang makanan dan sayuran,” katanya.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania