Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

#KerajaanGagal2 – Lebih 1,400 Doktor Kontrak Letak Jawatan!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan sejak 2017 hingga Jun tahun ini, atas pelbagai alasan.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata jumlah itu membabitkan 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan 514 orang (dari Januari hingga 26 November 2021).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.

“Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH-Kuala Selangor) yang bertanya mengenai statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Copyright © 2021 Media Rania