Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

INI LAWAK PRN Sarawak – Limbang Bakal Capai Liputan Internet 98.4 Peratus!

Kongsikan Artikel Ini

LIMBANG, 29 Nov – Bahagian Limbang yang kini memiliki capaian liputan telekomunikasi sebanyak 48.5 peratus, dijangka mampu mencapai sasaran liputan internet yang lebih efisien sehingga 98.4 peratus menjelang penghujung 2022, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Awang Tengah Ali Hassan.

Katanya sasaran itu mampu dicapai dengan adanya pelbagai inisiatif kononnya dari kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan bagi merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan masyarakat pedalaman.

“Pada masa sama, di Limbang, sebanyak enam lokasi telah diberikan kemudahan Wi-fi saluran iaitu di Kampung Ipai, Kampung Maruyu, Kampung Merajang, Long Rayeh, Rumah Rumpang dan Krangan Ma.

“Wi-fi saluran ini akan memberi kemudahan secara percuma kepada penduduk setempat yang tidak mempunyai liputan internet dengan menggunakan teknologi ‘Very Small Aperture Terminal (VSAT)’,” katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran ‘Sarawak Linking Urban, Rural and Nation’ di sini, hari ini.

Namun dengan kekangan peruntukan walaupun melalui inisiatif JENDELA, adakah sasaran tersebut mampu dicapai dalam ketika banyak kawasan di Semenanjung Malaysia pun masih belum mencapai liputan lebih 60 peratus?

Ini merupakan satu bentuk pembohonan terang-terangan yang dilakukan Awang Tengah bagi menipu rakyat Sarawak.

Adakah Awang Tengah sudah bertanyakan masalah ini kepada menteri Annuar Musa yang lebih tahu bilakah capaian internet di Sarawak akan mencapai tahap setinggi 90 peratus?

Paling teruk, adakah Awang Tengah sudah mengetahui berapa banyak kawasan di Limbang sendiri yang masih tiada bekalan elektrik 24 jam yang sudah pasti akan digunakan untuk liputan internet?

Jadi rakyat Sarawak diharap jangan termakan gula-gula beracun yang cuba ditabur GPS setelah bekalan air bersih terawat pun masih belum diselesaikan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania