Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Belanjawan 2022 – Negeri Sembilan Peruntuk Geran RM1,000 Kepada Pelajar KAYNS

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk menggerakkan badan berkanun negeri supaya membantu mengupayakan pasaran buruh di negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Yayasan Negeri Sembilan menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) bersetuju memberikan Geran Khas TVET sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang belajar di KAYNS mulai sesi akademik tahun 2021 ini.

“Bagi tujuan ini, Yayasan Negeri Sembilan telah meluluskan dana khas sebanyak RM500,000 untuk tahun 2022.

“Ini adalah sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan bidang teknikal dan vokasional (TVET) yang berpotensi menawarkan pasaran tenaga buruh yang lebih luas kepada anak-anak negeri ini.

“Saya yakin, kadar enrolmen pelajar di KAYNS akan terus meningkat sehingga 500 orang pelajar berbanding 270 orang pada masa ini, sebaik sahaja blok akademik baharu di Kampus ITYNS Gentam siap sepenuhnya pada awal tahun 2022 nanti,” kata beliau.

Menurut Aminuddin, status kemajuan projek di Kampus ITYNS Gentam adalah 70 peratus pada masa ini.

Aminuddin berkata demikian di Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban pada Jumaat lalu.

TVET – Technical and Vocational Education and Training

– Perkongsian Berita Dengan Portal NegeriKita.org

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania